Hari ini hujan. Tak dapatlah aku ayun kaki kat bawah pokok pisang. Sambil-sambil aku merenung hujan yang turun membasahi bumi (klasiknya) terkenang pulak aku semasa dulu. Kalau hujan-hujan macam ni dapat makan ubi kayu rebus cicah dengan 'nyok' sedap jugak ni. Air liur dah mula meleleh pulak dah...
Kalau dulu, hujan-hujan macam ni boleh dengar bunyi katak berdendang (sukalah tu) macam-macam lagu. Tapi hari ni kalau hujan turun, jangankan bunyi katak, bayangnya pun entah ke mana-mana. Air hujan yang turun (ada ke air hujan naik?) tak pulak kedengaran tup! tap! tup! tap! mengetuk atap zink. Tiba-tiba je warna alam jadi hitam putih (wahhh... )
| Patutnya hujan apasal terang lak ni? |
Rahmat hujan ini membersihkan seluruh alam dari kekotoran. Teori atuk aku mudah je. Pokok nyok tu tinggi.. kena minum ayaq macam manusia jugak, jadi tuhan siramlah ayaq dari atas.. Wah.. masa tu mulut aku, cucu yang ke-14 generasi Tok Cai (Husy.. dahsyat..) ternganga luas. Dalam otak dok pikiaq macamanalah pokok nyok tu boleh minum sambil berdiri...
Masa hujan macam nilah atuk aku suruh aku naik anok. Alah.. orang zaman sekarang ni mana nak kenal semua tu? Anok tu macam tandu kecik ditarik guna tenaga kerbau.Kena tarik dalam bendang yang ada ayaq. Kalau atas darat.. mau tergolek kerbau tu. Tapi yang syoknya bukan fasal kerbau tu tarik anok. Yang paling aku tak faham ialah macamana aku boleh tahankan bau bila kerbau tu buat driftt dan berhenti untuk memerut. Selamba je.. ciss... Syok betuii... aroma bercampur aduk ngan ayaq bendang ditambah perisa kerbau galak. Laju je melayang-layang macam mat salih pakai topi + baju merah naik tandu yang ditarik oleh rusa tu. (Apa namanya tu Mat Salih mesti buncit tu ye?).
Berbalik pada hujan dan teori atuk aku tu.. hmm.. sekarang ni hujan dah turun melimpah-limpah. Bangkok pun dah separuh tenggelam. Kedah pun dekat je dengan Bengkok. Kona sikit saja sampailah ke Jitra.. Persoalannya, pokok nyok dah banyak kena tebang, ayaq hujan turun tak berhenti-henti... camna tu tok???
Alahaii... tiba-tiba je mata aku jadi berkaler-kaler... Waa... atuk aku dah tak de.. teori ni tak selesai lagi dan macamana nak buat hipotesis nih.....
Alahai...

No comments:
Post a Comment