Itule fasal.. Ada ke aku kesah??? Ada ke orang lain kesah???

Thursday, October 27, 2011

Itulah fasal...

Permulaan yang baik. Agaknya sudah lama betul aku mengembara di tanah gersang. Wah dahsyatnya gitu. Mana tidaknya? Saban hari aku terlalu asyiklah menjadi 'pemikir agung' konon-konon dengan cara berfikir sambil ayun-ayunkan kaki atas pangkin  bawah pokok pisang dapat menyelesaikan beberapa masalah dunia. Kelasssnya. Bosan betul hidup aku yang terus  mendatar macam radar pesakit putus nyawa dalam drama telenovela di televisyen. Balik-balik belek buku, tak pun belek-belek kuku habis-habis belek-belek pulak jerawat batu. Tidakkah haru biru jadinya tu?

Hobi aku pun bukannya tetap dan berpencen. Macam lalang jugaklah. Bila orang kalut buka buku resepi atau online cari resepi, aku pun apa lagi..1000 kali le kalut. Maka beratus-ratuslah resepi yang berjaya aku kumpul. Banyaknya jumlah resepi yang terkumpul itu mengalahkan perencah masakan yang aku gunakan. Sudahnya resepi entah ke mana aku pulak asyik ulang alik ke kedai  mamak mee seberang jalan. Hari ni pesan mee rebus, esok mee kari, lusa mee goreng pulak dan tulat?? tungging?? buyung?? kena cari kedai lainlah pulak..

Orang kata dalam blog mesti tulis perkara-perkara yang baik (cakap dalam masjid). Aku pun nak tulis jugak. Nak luahkan perasaan hati yang terbuku dan berketul-ketul ni. Bukan apa, aku ada juga terbaca (dalam kertas pembalut nasi lemak) fasal ramai orang yang berani  terjun bangunan, kelar tangan sendiri dan minum air perisa cloroc kerana tekanan atau orang putih sebut "stress". Tiket "berani mati" tu bukan senang nak dapat. Mesti mula dengan tekanan lepas itu diikuti pula dengan mendengar "suara-suara ghaib", kemudian barulah dapat green light buat penerbangan solo dan sebagainya. Bercakap fasal  suara-suara ghaib ini teringat pula aku pada cerita yang aku tonton dalam kaca televisyen. Banyak betul suara ghaib yang bergema dalam cerita-cerita melayu. Tak percaya? Ha... cubalah tonton cerita-cerita seram suam-suam kuku kat tv tu.. Orang yang mendengar  suara-suara ghaib dalam drama tu mesti ada sangkut paut dengan tekanan. Kebanyakannya drama melayulah, drama orang lain tak taulah pulak. Gamaknya tekanan itu cuma ada kat orang melayu sebagaimana amuk yang memang termaktub hak orang melayu jugak kot? Tak taulah nak ulas apa. Ini dah kira masalah duniakan. Susah nak selesaikan aku pun dah naik seram duduk kat bawah pokok pisang ni. Takut pulak ada suara-suara dari celah-celah pokok mintak aku berhenti ayun kaki atas pangkin ni....

Heee.. seramnya...

 

No comments:

Post a Comment